RUMAHTANGGA MUSLIM MENJAMIN
KELANGSUNGAN DAKWAH
SALAH satu aspek penting dalam persiapan untuk
melalui hidup secara Islam adalah menyediakan rumah tangga kita supaya menjadi
rumah tangga Muslim. Rumah tangga yang mempunyai ciri-ciri keislaman yang
sebenar sahaja boleh menyediakan persekitaran yang harmoni dan tarbawi
(bercirikan tarbiah Islam), melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta
pelaksanaan ibadah yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman. Rencana ini
cuba membincangkan persoalan rumah tangga Islam dan kedudukannya dalam
pembentukan generasi anak yang bakal memikul taklif (tanggungjawab) Islam.
Rencana ini akan menumpukan perbincangan kepada beberapa aspek komunikasi dalam
rumah tangga tersebut.
Pandangan Islam mengenai pembinaan rumahtangga.
Sebelum kita meneruskan perbincangan mengenai tajuk
ini, mari kita fahami pengertian rumahtangga atau keluarga Muslim. Keluarga
Muslim ialah keluarga yang meletakkan segala aktiviti pembentukan keluarganya
sesuai dengan syari'at Islam.
Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, terdapat
beberapa tujuan penting pembentukan rumah tangga Muslim ini, iaitu:
(a) mendirikan syari'at Allah dalam segala urusan
rumah tangga.
(b) mewujudkan ketenteraman dan ketenangan
jiwa dan roh
"Dialah Yang Menciptakan kamu dari diri
yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang
kepadanya" (al- A'raaf.. 189)
Di dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT telah
berfirman yang maksudnya:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya
ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu supaya kamu
cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa
mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berftkir. "
AI-Qurtubi telah mencatatkan komentar lbn
Abbas mengenai 'mawaddah' yang dijelaskan sebagai 'cinta kasih seorang lelaki
kepada isterinya dan 'rahmah' pula bermaksud 'rahmatnya agar isterinya jangan
sampai menderita atau mengalami kesusaban'. Di sini dapat disimpulkan bahawa
pembentukan rumah tangga Muslim itu diasaskan di atas 'mawaddah' dan 'rahmah'.
Suasana rumahtangga yang dibina di atas dasar
cinta dan kasih sayang yang suci akan mententeramkan dan memberi ketenangan
kepada jiwa dan roh dalam kehidupan pendakwah. Dalam hal ini tiada contoh yang
lebih baik dan tepat daripada rumah tangga Rasuluillah SAW yang dibina bersama
denga Saidatina Khadijah, terutama ketika menghadapi cabaran dan pengalaman
baru yang memerlukan sokongan padu serta keyakinan tanpa sebarang keraguan si
isteri.
Anak-anak yang dibentuk dalam suasana
'mawaddah' dan 'rahmah'akan menghasilkan peribadi yang bahagia, yakin diri,
tenteram, kasih sayang serta jauh daripada kekacauan serta penyakit batin yang
melemahkan peribadi.
(c) mewuiudkan sunnah Rasuluilah dengan
melahirkan anak-anak soleh sehingga umat manusia merasa bangga dengan kehadiran
kita.
(d) memenuhi keperluan cinta kasih anak-anak.
Ketidakseimbangan atau ketandusan cinta kasih ini akan menyebabkan penyimpangan
akhlak dan perilaku.
Di dalam perkahwinan dan pembentukan rumah tangga
Muslim, Islam tidak menyempitkan tujuan perkahwinan kepada hanya untuk
mendapatkan anak-anak soleh (walaupun ini adalah antara tujuan perkahwinan),
untuk mengekang padangan dan menjaga kemaluan (walaupun ini juga menjadi
matlamat perkahwinan) dan bukan juga bertujuan untuk menyalurkan nafsu secara
syar'i sahaja, sebaliknya Islam telah menentukan matlamat yang lebih tinggi,
mulia dan jauh jangkauannya. la berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan,
jihad serta pelaksanaan amal Islam yang luas.
Walaupun matlamat terpenting dalam perbentukan
rumah tangga Muslim ialah untuk menyediakan suasana dan persekitaran yang subur
bagi mendidik anak-anak, Islam telah menentukan bahawa tuiuan utama
kesinambungan zuriat mempunyai kaitan dengan matlamat dakwah dan jihad. Tujuan
ini dapat difahami menerusi beberapa ayat al-Quran. Antaranya ayat yang
menggambarkan doa Nabi Zakaria yang berhajat kepada anak baqi mneruskan
kewajipan dakwah yang dipikulnya. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang
baik di sisi Engkau. Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi
sebahagian keluarga Yaaqub." (Maryam: 5-6)
Peristiwa yang dirakamkan di dalam al-Quran itu
menunjukkan bahawa seorang pendakwah juga berhajatkan anak seperti manusia
lain, tetapi hajatnya lebih mulia kerana ia menghendaki anaknya mewarisi tugas
dakwah dan jihad yang dipikulnya. Aspek ini penting kerana perjalanan dakwah
dan pertarungan dengan jahiliyah memerlukan masa yang panjang. Oleh itu, dengan
adanya pewaris yang meneruskan perjuangan, dapatlah dipastikan, insyaAllah,
perjuangan itu tidak mati di pertengahan jalan kerana pupusnya pendokong
perjuangan tersebut.
Pelaksanaan pendidikan Islam dalam rumahtangga
Muslim.
Salah satu ciri penting yang membezakan rumah
tangga Muslim dengan rumahtangga bukan Muslim ialah pelaksanaan pendidikan
Islam yang sebenar di dalamnya. Para pendakwah dituntut supaya memberi
perhatian serius mengenai perkara itu. Anggota keluarga yang tidak mendapat pendidikan
Islam atau yang lebih parah lagi jika pendidikan mereka terus terabai, mereka
bukan sahaja tidak mampu menyambung perjuangan Islam tetapi mungkin merencat
dan menjadi penghalang perjuangan itu.
Pendidikan anggota keluarga dimulakan dengan
pendidikan isteri. Pendidikan ini bermula dengan pemilihan yang dibuat di atas
dasar keimanan dan keislamannya. Pendidikan isteri sangat
penting diberi perhatian kerana isteri memainkan peranan yang paling besar
dalam pendidikan anak. Anak sulung pula merupakan tumpuan kedua selepas isteri
kerana isteri dan anak sulung (bapa juga tidak terkecuali) merupakan qudwah
(contoh teladan) kepada anak-anak yang lain. Seandainya pendidikan isteri dan
anak sulung terabai mereka tidak mungkin mampu menjadi teladan yang baik kepada
anggota yang lain di dalam keluarga.
Keseimbangan di dalam rumahtangga.
Berumahtangga bagi seorang Mukmin ialah untuk
melaksanakan perhambaan kepada Allah, bukan menghalanginya daripada tugas utama
itu. Bagaimanapun ada banyak ujian dan fitnah di dalam rumah tangga. Salah satu
ciri penting yang perlu wujud dalam rumah tangga Islam adalah keseimbangan.
Golongan yong beriman perlu bersungguh-sungguh untuk melahirkan keseimbangan
ini kerana telah ramai golongan yang gugur daripada jalan yang penuh keberkatan
ini kerana gagal melahirkan keseimbangan ini dan mendidik isteri serta
anak-anak menerima keseimbangan ini.
Secara fitrahnya manusia mempunyai pelbagai
keinginan hidup. Antara keinginan itu ialah keinginan kepada harta, pasangan
hidup, memiliki harta (seperti rumah dan kenderaan), hidup selesa, berehat
serta bersenang. Keinginan ini tidak salah selagi wujud keseimbangan dengan
tuntutan Allah. Suasana persekitaran akan merangsang keinginan ini ke satu
tahap yang mungkin menyebabkan seseorang pendakwah mengabaikan tuntutan Islam
atau terus mengetepikan hak-hak Allah dalam kehidupannya. Sebagai contoh,
setiap orang mempunyai kecenderungan memiliki harta tetapi kecenderungan itu
perfu diimbangi dengan tuntutan mengeluarkan infaq di jalan Allah. Begitu juga dengan
kecenderungan untuk untuk berehat di rumah bersama isteri dan anak-anak
diimbangi dengan kekuatan tajarrud di dalam jiwa. Rifa'i Sirur di dalam bukunya
'Baitul Dakwah' mendefinisikan 'tajarrud' sebagai 'memiliki sesuatu tetapi
sanggup mengorbankannya atau bersabar dengan kehilangan'.
Dakwah terpancar daripada rumahtangga Muslim.
Dr Abdul Mufa'al Muhammad al-Jabari di dalam
bukunya, 'Identifi Rumah Tangga Muslim' menulis, di antara ciri wujudnya
identiti rumah tangga Muslim ialah kewajipan berdakwah mestilah terlaksana
dalam rumah tangga itu. Ini bermaksud angota rumah tangga - suami, isteri dan
anak-anak - menjalankan usaha dakwah kepada teman-teman, saudara mara mahupun
jiran tetangga.
Suami Muslim yang soleh perlu melalui proses
pendidikan dan terus menerus mendidik dirinya sebagai pendakwah contoh kepada
angota keluarganya. Kesibukan di dalam kehidupan sehariannya biarlah berhubung
kait dengan dakwah yang telah menjadi darah dagingnya. lsteri dan anak-anak
perlu dididik mengenai tanggungjawab dakwah. Mereka hendaklah disediakan untuk
memikul tugas dakwah.
Terdapat ramai juga pendakwah yang sangat aktif di
medan dakwah tetapi roh dakwah tidak wujud di dalam rumah tangganya sehingga
bukan sahaja isteri dan anak tidak memberi sokongan kepada perjuangannya,
bahkan mereka menjadi penghalang utama, mengusutkan fikiran dan menekan
perasaan pendakwah sehingga akhirnya pendakwah berkenaan meninggalkan
perjuangannya.
Atas sebab inilah da'wah dan pendidikan perlu
dilaksanakan di dalam rumah tangga secara terancang dan berterusan. Anak dan
isteri perlu dibimbing peringkat demi peringkat dan tahap demi tahap untuk
menjadikan dakwah Islam sebati dengan kehidupan mereka.
0 komentar:
Posting Komentar